Jumaat, 28 Januari 2011

Burberrys Colourful Wordings T-Shirt





Burberrys Colourful Wordings
Saiz : pit 19.5 inches length 27 inches
Tag : Burberrys made in England
Price : SOLD *

Introduction to Vintage Clothing (Saiful Akmar)

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni pakcik nak berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua mengenai pakaian yg dinobatkan sebagai vintage dan mempunyai harga yg sgt tinggi dalam pasaran.ramai new collector yg memerlukan bimbingan dari apa yg disedari setelah sekian lama saya menjual.begitu banyak pertanyaan melalui sms dan phone call.ramai yg tidak tahu bagaimana harga ditentukan utk setiap pakaian vintage terutama baju2 band disebabkan ada yg menjadikan baju vintage sebagai trend dan ada yg betul2 collector.jadi saya terpanggil utk berkongsi dengan anda semua dari apa yg saya pelajari dari otai2 lain dan vintage collector dari forum2 antarabangsa yg saya masuk.pada slot kali ini kita akan berbincang mengenai baju vintage dan akan pakcik update mengenai brg brg lain pada masa akan datang.to new comers vintage collectors,ini peluang anda utk menambahkan ilmu.

APAKAH BAJU VINTAGE ??

-semestinya barang barang terpakai/baru yg dikeluarkan lebih dr 15thn yg lepas
-akan menjadi vintage setelah dikeluarkan selepas 15thn (automatically)
-terdiri daripada baju band , filem , kartun , sport brand , vintage printed shirt , western shirt,
jacket dan segala macam yg dikategorikan sebagai baju
-tetapi rata2 manusia di pelosok dunia mencari baju band dan sport brand utk dijadikan koleksi
-band t menjadi kegilaan disebabkan music is a must to everybody.tak kisah dimanapun kita
dilahirkan,pastinya dari kecil kita akan mendengar lagu.nasyid,rock,metal dan sebagainya.
-antara lainnya baju2 yg dikeluarkan pada zaman dahulu pada harga yg tinggi ataupun baju yang
dikeluarkan secara limited
-baju2 yang dipakai oleh selebriti,tokoh2 juga menjadi rebutan dan hangat dipasaran
-bagi kategori sport brand pula baju2 seperti nike air jordan shoe hanging,nike ballwing,levis
olympic,adidas trefoil dan sebagainya
-contoh2 gambar baju2 yg disebutkan di atas akan diupload pada ruangan akan datang

CIRI - CIRI BAJU VINTAGE

-kebanyakan yg dinobatkan baju vintage pada masa sekarang terdiri dari baju yg dikeluarkan
pada sekitar tahun 1996 dan kebawah.
-beredar mengikut masa.contohnya lima tahun dari sekarang iaitu pada thn 2015,baju yg
dikeuarkan pada tahun 2000 akan menjadi vintage secara autmatik ( berdasarkan format
barangan akan menjadi vintage setelah 15 tahun)
-baju2 yg dikeluarkan pada thn 1996 kebawah kebanyakannya adalah single stitch,kain 100%
kapas yang nipis , kain campuran 50% kapas 50% polyster,kain campuran kapas,polyster,
rayon.
-boleh dibezakan lagi menerusi tag2 label,copyright yg ditulis pada masa tersebut.

BAJU VINTAGE MEMANG X ADA TULANG TEPI ??

-anda salah sama sekali jika anda hanya mengatakan bahawa baju vintage dari thn 1996 ke
bawah tiada tulang tepi
-perlu diingatkan bukan semua baju tiada tulang
-pernah pakcik dimarahi budak yg beli baju mengatakan pakcik menipu.dalam add cakap
original takda alter tapi bila baju sampai baju alter
-baju bertulang biasanya adalah baju vintage / band tour.kebiasaan baju album tiada tulang
-tidak kisahlah baju t shirt ataupun 3qtr
-tulang original pada tepi baju yg dikeluarkan pada msa dhulu adalah kecil.jahitannya tersangat
kecil tidak seperti baju bertulang pada zaman sekarang ( contoh gambar akan disertakan)
-mengapakah ini terjadi?? ini disebabkan pengeluar,merchandiser yg ingin mengeluarkan baju
pada waktu itu menggunakan baju2 dari pengilang2 kecil lain setelah baju tidak mencukupi
utk dicetak/dikeluarkan.contohnya seperti brockum merchandiser yg tidak menggunakan
baju mereka sendiri tetapi menggunakan baju sportswear,ched atau lainnya bagi menggantikan
baju keluaran mereka setelah baju tidak mencukupi dan akan ditulis copyright oleh mereka.
-kebanyakan baju adalah baju adalah baju yg dikeluarkan semasa tour berjalan.baju2 ini adalah
baju2 yg dijual semasa tour ataupun baju2 yg diberikan utk sesiapa yg membeli tiket2 terawal
utk konsert2 tersebut
-kebiasaan baju2 ini hanya mempunyai cop C utk copyright atau TM pada tulisan baju band
sprti iron maiden C/TM.tulisan chop ini adalh kecil dan berada dibawah tulisan baju band.
(gambar akan disertakan)
-baju2 ini ditempah pada saat akhir oleh band2 semasa tour berjalan dan pengeluar /
merchandiser tidak mempunyai bahan/baju yg mencukupi utk mencetak baju tersebut
-sumber pengetahuan ini diperolehi daripada otai2 lama dan forum2 luar negara yg saya
menjadi ahli forum.antara pengetahuan2 ini diperolehi daripada Jochen dari band S.O.D
menerusi forum yg dikelolakan oleh beliau serta collector2 maut seangkatan beliau

BAJU TAK ADA COPYRIGHT ??

-kes yg sama berlaku seperti baju bertulang dimana baju original dari merchandiser juga
kadang2 tidak mempunyai copyright
-ramai yg tidak mahu membeli kononnya takut baju tersebut tidak original/reprint
-sememangnya ada perbezaan bagi baju yg bukan original dan original jika tidak mempunyai
copyright
-printing / material juga sudah berbeza (gambar akan disertakan)
-biasanya baju yg tidak mempunyai copyright akan mempunyai cop C/TM pada tulisan band
tersebut.sama seperti kes baju bertulang
-ini berlaku utk baju2 band yg ditempah pada saat2 akhir semasa tour sama seperti kes baju
bertulang.
-ada antara kes2 berlaku disebabkan oleh band2 menghubungi merchandiser yg kecil utk
mengeluarkan baju mereka.bukan semua merchandiser mempunyai lesen utk meletakkan cop
copyright/TM.tidak kira utk baju atau barngan lain.cop C/TM tidak boleh sewenangnya diguna
sekiranya tidak mempunyai lesen yg sah utk berbuat demikian
-dan baju2 yg tidak mempunyai date copyright adalah baju2 tour yg diberikan secara percuma
untuk pembeli tiket terawal atau yg dijual semasa tour berjalan.dan baju2 inilah yg dinobatkan sebagai RARE dan mempunyai harga yg sgt tnngi di psaran tak kira antarabangsa mahupun dalam malaysiakerana
bilangan /volume yg dikeluarkan adalah sedikit.
-gambar2 mengenai isu2 ini akan disertakan

BAJU2 YG MEMPUNYAI COPYRIGHT DATE

-baju2 ini adalah baju2 album/ baju yg dicetak selepas tour berakhir dan dijual di kedai2 muzik
atau kedai2 yg menjual baju2 merchandise
-dikeluarkan dalam volume yg banyak
-namun begitu..ada juga baju2 yg mempunyai date copyright ini dikeluarkan pada masa tour
berjalan.
-baju2 ini telah ditempah khas oleh band2 sebelum tour2 berlangsung dan dijual pada venue2
tour tersebut diadakan

BAGAIMANA HARGA BAJU2 VINTAGE INI DIBUAT

-harga dibuat berdasarkan keadaan kondisi baju , populariti band tersebut , umur baju (lebih
lama lebih mahal ) jenis baju ( t's atau 3qtr), genre musik,keluaran baju,saiz
-baju deadstock sudah semstinya mempunyai value yg lebih tinggi kerana baju tersebut tidak
pernah dipakai/dicuci selama berada di dalam pasaran
-populariti band juga banyak membri impak pada harga baju.lebih popular band tersebut maka
lebih tinggilah nilainya
-semestinya baju2 yg mempunyai date lebih lama mempunyai harga yg lebih tinggi.ini kerana
lebih lama baju tersebut lebih susah baju tersebut didapati (seakan makin lama makin pupus)
-t's dan 3qtr mempunyai harga yg berbeza.harga 3qtr selalunya lebih tinggi.namun terdapat juga baju2 t shirt yg mempunyai value tersangat tinggi.ini berdasarkan design,volume pengeularan baju tersebut dan samada baju tersebut mempunyai sentimental value/ makna
tertentu kepada sesuatu band (selalunya baju tour)
-makna tertentu/sentimental value pada sesebuah band bermaksud kejayaan album pada masa
tersebut ataupun konsert dan tour tersebut merupakan konsert paling berjaya
-juga bermaksud pengakhiran bagi sesebuah band/ahli band tersebut.tidak lupa juga 1st tour
bagi setiap band.
-bagi genre musik pula baju band metal dan punk mendominasi carta ialah
1) metal/punk
2) hair metal
3) rock / glam rock
4) pop
5) genre musik lain2
-pun begitu 70's band shirt juga tergolong dalam kategori band t termahal
-antara band band yg boleh dikategorikan sebagai mahal ialah iron maiden,accept,saxon,black
sabbath,led zeppelin,ac dc , rolling stone , venom, slayer, sepultura, misfits , ramones ,
testament, exodus , overkill , sex pistols , holy mosses dan lain2 ( perincian lebih akan diberikan dalam ruangan lain)
-baju2 yang mahal ni kebanyakan dikeluarkan antara thn 1981-1990 kerana pada masa inilah
segala kisah2 ataupun history terjadi.
-bagaimana pula dengan band2 yg established pada sekitar awal 90 an seperti soundgarden,
nirvana dan senatero dengannya?
-bagi band2 pada era ini,baju2 mereka dari album/tour mereka yg terawal secara automatik
mendapat pengiktirafan harga seperti baju pada lewat 80-an.biasanya sekitar Rm150-RM200
-harga mungkin menjadi lebih tinggi jika terdapat unsur2 yg boleh melonjakkan lagi harga baju
tersebut seperti yg saya sebutkan sebelum ini ( 1st tour / album , volume yg dikeluarkan adalah
sedikit dan sebagainya)
-saiz juga memainkan peranan yg agak penting dalam penentuan harga
-baju yg bersaiz s dan xl berada pada harga yg lebih mahal dari m serta L
(saiz s pit to pit 16-18 , xl pit to pit lebih dari 21)
-mengapakah sedemikian rupa? menurut rakan-rakan dari luar negara,ini disebabkan oleh
pada era 80an kebanyakan baju dikeluarkan dalam range saiz m dan l dek kerna saiz badan org barat pada masa itu.ini juga disebabkan oleh org2 barat lebih menyukai memakai baju
yg fit to body.jika difikirkan secara logik akal sememangnya betul kerana saiz badan mereka tidak memungkinkan mereka memakai saiz s.jadi merchandiser mengeluarkan baju bersaiz m dan L secara banyak dan saiz s serta xl dikurangkan.bagi saiz xl pula,harga yg dijual pada masa itu lebih sedikit dari harga biasa baju2 s,m,l..(jika saiz biasa dijual 20usd,xl akan dijual pada 29 usd) dan sememangnya agak susah untuk mendapatkan baju bersaiz s dan xl.pakcik nyelam pun jumpa m dgn l ja banyak.
-utk pasaran luar negara atau negara2 barat khususnya,mereka tidak menekankan material
baju utk pricing.bermaksud,mereka tidak kisah samada baju tersebut kain 100% cotton/kain
campuran polyster.bagi mereka copyright atau thn baju dikeluarkan menjadi keutamaan
dalam menentukan harga baju.tetapi rata2 kita mengkehendaki baju 50/50..mungkin
disebabkan lebih sedap pakai.tetapi menurut seorang rakan dari german,pada thn 80an dahulu
baju baru yg diperbuat daripada kain 100% cotton lebih mahal dari kain campuran 50/50
-pengurangan penggunaan kain 50/50 pada akhir 80an disebabkan oleh enviromental cares.
pengeluar bersetuju utk tidak banyak menggunakan bahan2 sintetik seperti polyster dan lain2



Vintage Clothing Tutorial (copy from SAIFUL AKMAR) 

Sabtu, 22 Januari 2011

New Found Glory



New Found Glory band shirt
Saiz : m, pit 19 inches length 26.5 inches
Tag :  Gildan
Price : rm50 (negotiable)
Contact no :  019-3721419

Small Soldier




Small Soldier movie shirt
Saiz : pit 19.5 inches length 27 inches
Tag :  AAA
Price : rm50 (negotiateable)
Contact no :  019-3721419

Skinny Fit



Skinny fit made in Japan
Saiz : waist 30" length 41"
Price : rm50 (negotiable)
Contact no :  019-3721419

Selasa, 18 Januari 2011

Rolling Stones





Rolling Stones band shirt under license 2005
Saiz:  s, pit 18.5" length 24.5"
Tag: Anvil
Price: 60(negotiable)
Contact No: 0193721419

Khamis, 13 Januari 2011

The Who



The Who band shirt, Condition A++
Saiz : pit 19 inches length 26 inches
Tag :  Fruit of Loom
Price : rm80 (negotiateable)
Contact no :  013-5902952

Dirty Pretty Things




Dirty Pretty Things For Sale, Condition A++
Saiz : pit 18.5 inches length 24 inches
Tag : Gildan
Price : rm85  (negotiateable)
Contact no :  013-5902952

Rabu, 22 Disember 2010

Vintage Joe Camel



Camel Vintage 1988 tee for sale (50/50) single stich. Condition A++
Saiz : L
Copyright : 1988
Price : *SOLD

Rabu, 17 November 2010

Gratefuldead (american classic rock band)




Gratefuldead (american classic rock band) for sale. Condition A++
Saiz : L
Tag : Gratefuldead (GDP)
Copyright : 2007
Price : rm40 (negotiateable)